Pimpinan UMNO akan menulis surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan mengenai pindaan perlembagaannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Naib Presiden UMNO itu berkata, setakat ini usul untuk menangguhkan pemilihan parti itu, telah dipersetujui sebulat suara perwakilan dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini.